Biadab Ustaz itu raba dan memasukkan tangannya kedalam kain saya..

Ustaz tu raba dan masukkan tangan dalam kain saya-mangsa|Seorang murid tahun enam mendakwa menjadi mangsa cabul seorang ‘ustaz’ di sekolahnya dan kejadian itu dikatakan berlaku sejak Februari lalu.
Perkara itu terbongkar setelah ibu mangsa diberitahu rakan anaknya itu selepas berkunjung ke rumahnya di daerah ini.


Menurut sumber, ibu mangsa diberitahu rakan anaknya bahawa mangsa diraba di bahagian dada, punggung, kemaluan selain turut dicium oleh lelaki berusia 59 tahun itu.
“Rakan mangsa juga memberitahu bahawa ustaz berkenaan ada memasukkan tangannya di dalam kain mangsa dan telah memegang kemaluannya serta menyuruh mangsa memegang kemaluannya.
“Wanita itu kemudiannya bertanya kepada anaknya dan mangsa memberitahu betul. Mangsa merupakan seorang yang bermasalah dalam pembelajaran,” katanya.
Ibu mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mengesyaki anaknya itu menjadi mangsa cabul dan membawanya menjalankan pemeriksaan di hospital.
Bertindak daripada laporan itu, pihak polis menahan seorang lelaki di kediamannya di sebuah kampung di sini (Gong Tok Nasek), jam 2 petang, kelmarin dan suspek direman untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.
loading...
close
close